BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 14 October 2011

Foto NHH Cekal Ent


 
Majlis Kesyukuran di NHH Cekal Entreprise



MAHA 2008










SDSI MELAKA










Thursday 21 July 2011

KARNIVAL BUAH-BUAHAN TEMPATAN & PRODUK IKS MAKANAN

ALHAMDULILLAH...

          Syukur Alhamdulillah KARNIVAL BUAH-BUAHAN TEMPATAN & PRODUK IKS MAKANAN mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung tak kira warga tempatan mahupun luar. Terima kasih kepada pengunjung yang sudi datang ke booth kami!!!




SELAMAT DATANG...

Jom ramai-ramai kita serang KARNIVAL BUAH-BUAHAN TEMPATAN & PRODUK IKS MAKANAN yang akan diadakan di Pantai Klebang, Melaka. karnival tersebut akan bermula pada 23hb - 24hb Julai 2011 jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Macam-macam ada.... Jualan buah-buahan tempatan, pertandingan, dan produk IKS.

Jom makan-makan!!!! dan Belilah Barangan Buatan Malaysia!!!!
Jangan Lupa Carilah yang Halal... kerana mencari yang halal adalah sunnah Rasulullah s.a.w...

Minggu depan kan da nak puasa.... so... pe lagi marilah kita menjamu selera... supaya sewaktu kita menunaikan ibadah di bulan Ramadhan tak teringat-ingat pulak kempunan tak makan durian.... hehehe...

Tuesday 19 July 2011

Diari Syarikat...

          Syukur Alhamdulillah, pertamanya kami amat berbesar hati n bersyukur kerana Katering dari Arab ie Al-Ahmadi yang dipelopori oleh En. Abu Bakar dari Singapura still lg tak putus order dgn sykt ini. So far, order yang paling byk dia buat adlh dlm bulan ini ie sebanyak 300kg @ 150 bungkus coz setiap 1 beg belacan kilo beratnya adalah 2kg. Itu pun, melalui kata En. Bakar, akan ade order susulan yang akan dibuatnya sehinggalah bulan Ramadhan. Setakt ini da hampir 4 tahun sykt katering ini melanggan produk belacan kilo kami dan alhamdulillah nampaknya belacan kilo kami sesuai dengan masakan sykt katering tersebut. Maybe sekarang musim Umrah, so tu sebablah jemaah yang hendak dijamu mereka semakin bertambah. Apepun Alhamdulillah... tu semua rezeki Allah kurniakan buat kami n pekerja2 kami...
          Keduanya, semalam Mydin Bazaar Melaka call tokeh kami coz nak kami hantar produk ke pasaraya mereka. Alhamdulillah, satu perkembangan yang baik. Hopefully, ianya akan berkekalan n menjadi tapak permulaan bagi kami memasarkan ke seluruh Mydin yang ada di Semenanjung Malaysia. Apepun, modal yang besar harus kami laburkan coz, payment Mydin ni agak lambat sikit. Sebulan lebih... maklumlah kami ni sykt bumipuerta 100%. Modal kecil je. Ade sape2 yang berminat nak tabur modal?
          Nampaknya raya ni kenalah spend duit sikit untuk pekerja2 kami... duit raya. Hati pekerja harus ditatang. Kalau tak ada mereka susah sykt ni nak berkembang. Walaupun tokehnya mempunyai semangat yang secekal dan sekental mana pun. Betul tak? Tapi kalau pekerja yang hampeh! masalah juga kan. Apepun Alhamdulillah setakat ni... pekerja2 kami, mantop! cemerlang! dan berdedikasi! tu yang tokeh sayang sangat kat mereka... time bagi gaji mesti dilebih2kan. Belanja usah cakaplah... selalu KFC dan Mc'D, Pizza adalah sekali. Jadilah... Bukan senang nak dapat tokeh yang pemurah ni. Yang kedekut belambak. Dan bukan senang jugak nak dapat pekerja yang serba boleh walaupun kontrak. Suruh je @ order ape saje palnggan nak... tau2 order siap. Alhamdulillah... Moga2 Allah memberkati usaha kami untuk memajukan perniagaan ini dan bertambah luaslah hendaknya pasaran sykt ini. Amin.

Monday 11 July 2011

SENARAI PENGEDAR / PEMBORONG

MELAKA

Pemborong / Pasaraya
1.  Zentech Trading
2.  Saudagar Edar
3.  Pasar Borong Rahim Palm Oil, Sungai Petai, Alor Gajah
4. Jaya Jusco

Kedai Runcit dan Kraftangan
5.  Sekitar R&R Tol Jejantas, Ayer Keroh
6.  Sekitar Kraftangan Paya Datok, Alor Gajah.
7.  Sekitar Durian Tunggal
8.  Sekitar Pengkalan
9.  Sekitar Taman Tasik Utama
10.  Sekitar Bukit Rambai, Taman Datin Fatimah
11.Sekitar Lendu
12.Kraftangan di Merlimau

Pasar Tani
13.Klebang
14.Masjid Tanah

Restoran dan Kedai Makan
15.Restoran Ikan Bakar Malim
16.Restoran Tomyam Klasik, Sungai Putat
17.Restoran NNR Alor Gajah
18.Sekitar Kedai Makan Malim
19.Sekitar Kedai Makan Kolej Risda
20.Restoran Jejantas, Tol Ayer Keroh

Hotel
21.Puteri Resort, Ayer Keroh
22.Ancasa MITC, Ayer Keroh


NEGERI SEMBILAN

Pemborong / Pasaraya
1. Jaya Jusco Seremban 2

Kedai Runcit dan Kraftangan
2. Sekitar Port Dickson
3. Sekitar Labu
4. Sekitar Sikamat
5. Sekitar Senawang
6. Sekitar Nilai
7. Sekitar Gemas
8. Sekitar Gemenchih

SENARAI HARGA PRODUK

CINCALOK 250g

Harga Pasaran (1 botol) = RM 2.00 - RM 3.00 
* Harga Pengedar / pemborong (1 kotak x 24 btl) = RM 45.00

* (boleh dirunding bergantung kepada jumlah order dan cara pembayaran)




BELACAN BAKAR 100g

Harga Pasaran (1 pcs) = RM 1.80 - RM 2.50
Harga Pengedar / Pemborong (1 paket x 12 pcs) = RM 15.00




BELACAN SERBUK 100g

Harga  Pasaran (1 botol) = RM 3.00 - RM 3.50
* Harga Pengedar / Pemborong (1 paket x 12 botol) = RM 30.00

* (boleh dirunding bergantung kepada jumlah order dan cara pembayaran)

BELACAN SERBUK 75g

Harga Pasaran = RM 2.00 - RM 2.50
Harga Pembekal / Pemborong (1 beg x 18 pcs) = RM 27.00




BELACAN 100g

Harga Pasaran = RM 1.50 - RM 1.80
* Harga Pengedar / Pemborong (1 beg x 30 pcs) = RM 28.00

* (boleh dirunding bergantung kepada jumlah order dan cara pembayaran)



BELACAN 80g

Harga Pasaran = RM 1.30 - RM 1.50
* Harga Pengedar / Pemborong = RM 24.00

* (boleh dirunding bergantung kepada jumlah order dan cara pembayaran)



Wednesday 6 July 2011

Sekalung Bicara

      
NHH Cekal Enterprise merupakan salah satu premis perniagaan yang menjalankan perniagaan pemprosesan makanan hasil laut iaitu cincalok, pelbagai jenis belacan dan ikan kering. NHH Cekal Enterprise telah mula beroperasi pada 1 Jun 2006 di alamat No.5, Rumah Kedai Projek Pertumbuhan Desa, Taman Industri Kecil Sederhana, Ayer Pa'abas, 78000 Alor Gajah, Melaka.
          Sejarah awal perusahaan projek ini bermula dari ibu mertua pengusaha yang telah mengusahakan projek ini lebih 20 tahun yang lalu secara kecil-kecilan dan menjurus kepada pasaran tempatan. Sebelum menceburkan diri dalam bidang ini pemilik iaitu En. Hassan bin Jidin yang berusia 40 tahun telah berkecimpung dalam bidang mekanikal "specialist" dalam membaiki kenderaan pacuan empat roda. Namun setelah bernikah dengan isterinya bernama Nor Hashimah binti Hj. Hassan beliau telah melihat peluang yang besar dalam perusahaan yang diusahakan oleh ibu mertuanya. Disinilah tumbuhnya minat untuk beliau membantu dan mengembangkan pasaran produk yang diusahakan oleh ibu mertuanya itu.
          Pada mula menjejakkan kaki dalam bidang ini, beliau masih lagi mengusahakan bengkel kereta yang telah diusahakannya, namun memandangkan masa yang tidak mengizinkan dan terkejar-kejar untuk menjalankan dua perniagaan serentak dan ditambah pula permintaan yang tinggi terhadap produk hasil laut, maka beliau terpaksa memilih untuk melepaskan salah satu minat beliau iaitu antara bengkel kereta ataupun perusahaan hasil laut. Melalui perbincangan dengan keluarga dan perancangan yang teliti, beliau memilih untuk meneruskan perusahaan hasil laut dan terpaksa melepaskan bengkel keretanya yang telah diusahakan sejak beberapa tahun.
          Kini, setelah menjangkau hampir 5 tahun mengusahakan projek hasil laut ini, pasaran syarikat NHH Cekal Enterprise telah menjangkau ke merata tempat di selatan Semenanjung Malaysia juga menjadi pembekal tetap kepada salah sebuah Syarikat Katering di Mekah. Projek ini telah mendapat bimbingan daripada Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Pelbagai bantuan dari segi latihan dan promosi telah diikuti oleh pihak syarikat dalam memajukan dan memperkenalkan produk kepada masyarakat. Syukur, sehingga kini dengan berbekalkan Sijil Halal yang telah dimiliki oleh syarikat memudahkan proses pemasaran dilakukan. Masyarakat terutamanya golongan peniaga kedai runcit, pasaraya, pasar tani, pemborong mahupun pengedar mengakui mudah untuk memasarkan produk keluaran NHH Cekal Enterprise.
          Sehingga kini produk syarikat NHH Cekal Enterprise telah dipasarkan di sekitar Selangor, Negeri Sembilan, beberapa tempat di Pahang dan sudah pasti di sekitar Negeri Melaka.Pelbagai jenis produk hasil keluaran syarikat ini yang boleh didapati dipasaran seperti cincalok, belacan keping, belacan bakar, belacan serbuk, belacan kepal, belacan kilo, ikan kering dan geragau kering. semua produk hasil keluaran syarikat ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan yang penting 100% bahan yang dibuat dari udang geragau atau dikenali juga sebagai udang baring atau udang kara. Jadi khasiat protein yang tinggi dan kualiti produk tidak boleh disangkal lagi.
          Produk-produk yang dihasilkan oleh syarikat ini sesuai digunakan sebagai bahan penambah perisa segala jenis masakan contohnya sebagai perencah gulai, perencah sayuran dan boleh juga dijadikan perencah menggoreng telur dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut mengenai masakan yang sesuai digunakan sila klik pada ruangan resepi masakan berasaskan cincalok dan belacan yang terdapat pada sisipan lama ini.
          Justeru itu, kami menyeru kepada semua pembaca yang ingin menambah pendapatan untuk menjadi pengedar silalah berhubung dengan kami dan kami sedia membantu dari aspek pemasaran. kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna yang setia dengan produk kami. Kami memberi jaminan bahawa mutu dan kualiti produk akan sentiasa dipantau dan dijaga.
          Akhir kata, sokonglah produk keluaran tempatan dan pilihlah yang berkualiti dan dijamin HALAL kerana mencari yang Halal adalah Sunnah Rasulullah...

Tuesday 5 July 2011

Belacan Serbuk


Belacan Serbuk juga merupakan salah satu inovasi produk baru keluaran syarikat kami. Sejak awal keluaran sehingga kini produk ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sasaran produk ini adalah dikalangan pasangan yang bekerja dan sibuk. Tujuan kami mengeluarkan produk ini adalah untuk memudahkan kaum wanita yang bekerja dalam menyiapkan hidangan makan untuk seisi  keluarga. Bagi menghasilkan produk ini, pelbagai proses dilalui dengan menggunakan teknologi yang tunjuk ajar oleh MARDI. Produk ini boleh terus digunakan kerana telah siap dibakar dan diserbukkan untuk kemudahan pengguna.